KOTA BHARU: Kelantan FC belum berada dalam zon selamat untuk menjuarai saingan Liga Premier musim ini walaupun menghuni tangga teratas liga dengan mengumpul 35 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.
Ketua jurulatihnya Rezal Zambery Yahya berkata sebarang kemungkinan boleh terjadi sekiranya tewas dalam tiga lagi baki perlawanan.
"Walaupun mendahului lima mata dengan pasukan di kedudukan kedua iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT II), namun pasukan itu mempunyai kelebihan kurang satu perlawanan, jika kami tewas mereka boleh mengatasi kami," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang PDRM di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, semalam.
Pada perlawanan itu, Kelantan FC menewaskan PDRM FC 2-1 menerusi gol Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-68 dan Mohammad Ikhwan Yazek pada minit ke-77, manakala gol sagu hati pasukan pelawat dijaringkan Derrkeswaran Ganasan pada minit ke-30.
Mengulas lanjut, Rezal berkata beliau tidak mahu para pemain berada dalam keadaan selesa kerana selepas ini pasukannya akan menghadapi tiga perlawanan lebih mencabar dengan bertemu Terengganu II, Selangor 2 dan Kelantan United.
"Pemain perlu kekal fokus untuk mengutip sembilan mata penting supaya tidak bergantung harap kepada pasukan lain di penghujung saingan liga untuk bergelar juara," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih PDRM FC Wan Rohaimi Wan Ismail berkata kekalahan pasukannya disebabkan permainan kurang matang para pemain berdepan situasi genting menerima asakan lawan.
"Situasi tidak bahaya jadi bahaya itu adalah keputusan yang dibuat oleh pemain ketika berada di atas padang kadangkala menyusahkan diri sendiri sehingga dihukum pihak lawan yang tidak sepatutnya melepaskan dua gol mudah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
Pemain PDRM Fadi Mohammoud Awad Saleh dihalang pemain Kelantan Mohamad Fazrul Amir Md Zaman (kanan) dalam aksi perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. --fotoBERNAMA
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Kelantan FC tidak layak beraksi di Liga Super
Kelantan FC gagal untuk mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak layak untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.
Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.
Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.
Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.